Wednesday 1 May 2013

DEFINISI MEMBACA







·        Klein, (dalam Farida Rahim, 2005:3) mengemukakan bahawa definisi membaca mencakupi membaca yang merupakan sesuatu proses. Maksudnya ialah informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna.


·        Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.


·        Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan seterusnya berdasarkan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya.


·        Membaca dapat diertikan sebagai satu proses yang dilakukan pembaca bagi membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya tersebut sebelum membuat sesuatu keputusan (Mahzan Arshad, 158:2008).

·        Membaca juga merupakan proses memahami atau membina, kerana kita belum membaca jika belum memahami (Safiah 1985).

·        Menurut Tinker, membaca mempunyai tiga proses yang berlaku iaitu 1) pengiktirafan perkataan simbol, 2) menarik balik pengalaman yang berkaitan dengannya, dan 3) pembinaan semula pengetahuan untuk menggabungkan idea baru yang terkandung di dalam bahan.

·        Membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca ataupun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca. (Anderson dan Pearson, 1984).

·        The definition of reading has its own history, back in 1908, Huey (cited in Robeck, 1974.p. 31) defined reading as sequence of cognitive events. He also considered reading as an intellectual process in which the reader learns and practices accuracy of thought, good judgment and feeling of values.

·        Kedua-dua aktiviti, membaca dan memberi makna adalah proses yang konstruktif dan saling membantu antara satu sama lain.

·        Membaca juga boleh dilihat sebagai proses memilih dan mengambil tindakan apabila pembaca menyesuaikan proses membaca dengan tujuan dan jenis teks yang dibacanya.(Anderson, Hiebert, Scott dan Wilkinson, 1985). Proses menentukan apakah tujuan dan tindakan yang akan diambil ini berlaku serentak dengan proses membina makna daripada bahan yang dibaca.

·        Goodman (1975, p.5) menerangkan bahawa membaca membolehkan kita sentiasa mencari jalan yang paling langsung dengan makna yang ada. Sentiasa menggunakan strategi untuk mengurangkan ketidakpastian, sentiasa memilih tentang penggunaan penyediaan bahan isyarat dan melukis dengan lebih mendalam pada kecekapan sebelum menggunakan kompetensi bahasa dan akhirnya, beliau menyebut pembaca berkesan mengurangkan kebergantungan terhadap visual secara terperinci.

·        Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca.

·        Goodman (1973) pula menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan  pengamatan yang dilakukan. Ini menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas.

·        Membaca seperti juga menulis, adalah asas literasi yang digunakan sebagai alat berkomunikasi secara langsung dan tidak langsung

·        Smith (1994) pula berpendapat membaca memberikan peluang kepada seseorang bagi mendapatkan sesuatu yang lebih luas sifatnya.






3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tahniah diucapkan, kerana dah telah membina satu blog keterampilan membaca, semoga semua maklumat ini dapat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran membaca.

    ReplyDelete